Piagam Pelanggan Jabatan

"Memantapkan Keupayaan Dan Kapasiti Organisasi Bagi Meningkatkan Kecekapan Sistem Penyampaian Perkhidmatan Dan Memperkukuhkan Pengurusan Dan Pentadbiran Tanah Bagi Kemakmuran Negeri Serta Menyediakan Kemudahan Dan Infrustruktur Awam Bagi Mempertingkatkan Kualiti Hidup Masyarakat Sepanjang Masa menerusi piagam pelanggan berikut:"

 

  1. Proses Kelulusan Lesen Permit Hiburan dalam tempoh 2 hari.
  2. Laporan Aduan Awam dalam tempoh 3 hari.
  3. Proses Pengeluaran Pesanan Tempatan Dan Inden Kerja yang telah lengkap dalam tempoh 3 hari.
  4. Proses Penyediaan Baucer Bayaran Dengan Pesanan Tempatan Dan Tanpa Pesanan Tempatan dalam tempoh 3 hari.
  5. Penyediaan Penyata Penyesuaian Bulanan/Flimsi (selepas akhir bulan berkenaan) dalam tempoh 5 hari.
  6. Proses Pendaftaran Kontraktor dalam tempoh 30 minit.
  7. Tender Sebutharga dalam tempoh 2 minggu.
  8. Proses Tuntutan Bayaran Projek-Projek Pembangunan dalam tempoh 2 minggu.
  9. Proses Permohonan Bantuan.
    • Tabung Serambi Mekah dalam tempoh 2 minggu.
    • Bantuan MAIK (Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan) dalam tempoh 2 minggu.
  10. Proses Permohonan Subsidi Baja Padi dalam tempoh 2 minggu.
  11. Permohonan Infrastruktur Jalan Kampung dalam tempoh 4 minggu.
  12. Cabutan dalam tempoh 15 minit.
  13. Pendaftaran Urusniaga
    • Pindahmilik (14A) dalam tempoh 1 hari.
    • Gadaian (16A) dalam tempoh 1 hari.
    • Melepas Gadaian (16N) dalam tempoh 1 hari.
  14. Pendaftaran P.A (Power Attorney) dalam tempoh 1 hari.
  15. Pendaftaran Carian Rasmi (Manual) dalam tempoh 14 hari.
  16. Pendaftaran Perintah Pesaka dalam tempoh 5 hari.
  17. Pendaftaran Pecah Sempadan dalam tempoh 14 hari.
  18. Penukaran Geran Lama Kepada Geran Baru dalam tempoh 5 hari.
  19. Pendaftaran Ubah Syarat dalam tempoh 4 hari.
  20. Pendaftaran Kaveat dalam tempoh 1 hari.
  21. Pendaftaran Hakmilik Baharu (QT) dalam tempoh 4 hari.
  22. Pendaftaran Geran Hilang dalam tempoh 14 hari.
  23. Penerimaan Bayaran Cukai Tanah (Tertakluk kepada 1 Hakmilik sahaja) dalam tempoh 3 minit.
  24. Penerimaan Bayaran Pelbagai (Tertakluk kepada 1 Hakmilik sahaja) dalam tempoh 3 minit.
  25. Penyelesaian Pembayaran Secara Cek oleh Syarikat / Agensi dalam tempoh 7 hari.
  26. Penyelesaian Pengurangan Tunggakan Denda (Cukai Tanah) dalam tempoh 5 minit.
  27. Penerimaan Deposit dalam tempoh 5 minit.
  28. Pengeluaran Permit Pemindahan Bahan Batuan dalam tempoh 2 Bulan.
  29. Serah Balik Tanah (Sebahagian / Keseluruhan) dalam tempoh 4 bulan.
  30. Jualan Pelan dalam tempoh 30 minit.
  31. Penyediaan Nilaian Tanah dalam tempoh 5 minit.
  32. Siasatan Aduan Awam Berkaitan Tanah dalam tempoh 3 hari.
  33. Permohonan Pindahmilik
    • Pindahmilik di bawah Seksyen 13A Enakmen Rizab Melayu 1930 dalam tempoh 90 hari.
    • Pindahmilik di bawah Seksyen 104 Enakmen Tanah Kelantan 1938 dalam tempoh 90 hari.
    • Pindahmilik / Gadaian di bawah Seksyen 120 KTN 1965 dalam tempoh 90 hari.
    • Pindahmilik di bawah Seksyen 120 KTN 1965 melalui e-Consent dalam tempoh 14 hari.
  34. Permohonan Pembetulan Kesilapan Dalam Dokumen Hakmilik di bawah Seksyen 380 KTN 1965 dalam tempoh 30 hari.
  35. Permohonan Kemasukan Kaveat Persendirian dan Lien dalam tempoh hari.
  36. Permohonan Pelupusan Tanah.
    • Permohonan Milik Tanah dalam tempoh 365 hari.
    • Permohonan Lesen Pendudukan Sementara (T.O.L) dalam tempoh 90 hari.
    • Permohonan Pajakan dalam tempoh 90 hari.
    • Permohonan Perizapan Tanah dalam tempoh 90 hari.
  37. Permohonan Pembangunan Tanah
    • Permohonan Pecah Sempadan Tanah di bawah Seksyen 137 KTN 1965 dalam tempoh 90 hari.
    • Permohonan Pecah Bahagian Tanah di bawah Seksyen 142 KTN 1965 dalam tempoh 90 hari.
    • Permohonan Serah Balik dan Berimilik Semula di bawah Seksyen 204 KTN 1965 dalam tempoh 90 hari.
    • Permohonan Penyatuan Tanah di bawah Seksyen 148 KTN 1965 dalam tempoh 90 hari.
  38. Permohonan Ubah Syarat Tanah dalam tempoh 90 hari.

Tags: Piagam Pelanggan

Cetak Emel