msen
       

 

BAHAGIAN PEMBANGUNAN

We have 34 guests and no members online

Fungsi Bahagian Pembangunan adalah untuk menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan bagi membolehkan kerja-kerja pembangunan jajahan berjalan dengan teratur dan lancar. Bahagian ini tertumpu kepada perkara atau aktiviti yang berkaitan dengan pembangunan yang berbentuk sosioekonomi dan pelaksanaan infrastruktur iaitu Projek-projek Kecil Pembangunan Jajahan.

Bahagian Pembangunan Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Mas juga merancang dan melaksanakan projek-projek kemajuan dan pembangunan di peringkat Jajahan. Ia juga menyediakan dan melaksanakan kerja-kerja berhubung dengan projek-projek yang disediakan oleh Kerajaan Negeri dan Persekutuan kepada rakyat supaya kehendak-kehendak meraka dapat dicapai serta mengenalpasti dan menguruskan pembaikan atau penyelanggaraan Masjid-Masjid di seluruh jajahan.

Disamping itu, Bahagian Pembangunan berfungsi  untuk membangun dan menyelenggarakan maklumat dan data-data dijajahan secara Sistem Berkomputer. Jabatan ini juga boleh dikatakan Pusat Sumber Maklumat Jajahan kerana semua maklumat mengenai jajahan boleh didapati di sini. Projek DiRaja Peringkat Pasir Mas dan projek-projek PPRT Peringkat Jajahan

 
OBJEKTIF BAHAGIAN

  • Memastikan kerja-kerja pembangunan jajahan dilaksanakan dengan berkesan.
  • Menyediakan perkhidmatan-perkhidmatan bagi membolehkan kerja-kerja pembangunan jajahan berjalan dengan teratur dan lancar.

Hakcipta © 2010 - 2019 Pejabat Tanah Dan Jajahan Paisr Mas
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Kompleks Apam Putra, Bandar Baru Pasir Mas Lubok Jong, 17000 Pasir Mas. Tel : 09 7917963 Faks : 09 7917706 Email : ptjpm[at]kelantan[dot]gov[dot]my

Search