Maklumat Asas
| i. |
Keluasan : |
Fasa I-10 hektar
Fasa II-10 hektar
|
| ii. |
Bilangan Peserta : |
10 orang |
| iii. |
Tarikh Mula Projek : |
|
| iv. |
Tanaman Utama :
(Musim Pertama)
(Musim Kedua) |
Buah-buahan
Tembikai Tanpa Biji
Labu Madu |
| v. |
Tanaman Sampingan : |
Sayur-sayuran jangka pendek |
Perkembangan Semasa Sehingga 30 September 2008
1.1 Pada bulan September menyaksikan para peserta berjaya menuai tanaman musim kedua iaitu tembikai tanpa biji. Tanaman yang diusahakan di atas tanah seluas 4 hektar ini telah berjaya mengeluarkan hampir 47 tan buah tembikai tanpa biji bagi musim kali ini.
1.2 Pengeluaran hasil tembikai musim kali ini adalah sedikit berkurangan dari jangkaan awal disebabkan oleh pokok-pokoknya yang rosak ditiup angin kencang semasa proses pembesaran.
1.3 Namun begitu, walaupun pengeluaran hasil tembikai adalah berkurangan tetapi jumlah kutipan yang berjaya dikumpul oleh para peserta pada kali ini ialah menghampiri RM 38 ribu. Di mana sebahagian besarnya hasil penjualan terus kepada pihak FAMA.
1.4 Manakala bagi tanaman labu madu, ia masih lagi dalam peringkat pembesaran di mana ianya hanya boleh mula dituai pada minggu kedua bulan Oktober. Dijangkakan sebanyak 30 tan labu madu dapat dipasarkan pada musim kali ini.
| Kelapa Wangi || Kg Tok Rusa || PPMS || Galeri | |