Image

Terma dan Syarat Permohonan Online Sistem Janjitemu PTJPM

  • Tempahan melalui sistem ini adalah berdasarkan yang cepat didahulukan (first come first serve). Slot yang disediakan adalah terhad bagi memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang disarankan oleh Kerajaan dapat dipatuhi. Sekiranya tarikh dan slot masa yang dipilih telah penuh, pengguna perlu membuat pilihan lain.
  • Permohonan janji temu boleh dibuat pada bila-bila masa, tertakluk kepada kekosongan.
  • Pengguna hendaklah memilih Tarikh dan Slot masa mengikut waktu operasi / bekerja rasmi berdasarkan ketetapan yang telah buat oleh Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Mas.
  • Sekiranya pemohon mempunyai simptom seperti demam dan batuk, pemohon tidak dibenarkan hadir berurusan dan perlu membuat tempahan janji temu semula.
  • Pemohon perlu berada di Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Mas (PTJPM) sekurang-kurangnya 15 minit sebelum waktu temu janji. Pihak PTJPM berhak untuk membatalkan janji temu sekiranya lewat;.
  • Pemohon adalah diingatkan bahawa permohonan janji temu di PTJPM adalah tertakluk kepada syarat-syarat dan prosedur operasi standard (SOP) PKP Majlis Keselamatan Negara dan arahan yang berkuatkuasa;

Cara membuat permohonan Janjitemu Online

1. Pelanggan boleh membuat permohonan untuk urusan berikut pada hari dan masa yang telah ditetapkan:

A. Urusan MILIK TANAH KERAJAAN & SEWA TANAH KERAJAN - AHAD

B. PINDAHMILIK SEKSYEN 13A, 104, 120, KAVEAT, HAKMILIK SAMBUNGAN, LELONG DAN PENGAMBILAN BALIK TANAH -ISNIN & RABU

C. UBAH SYARAT, PECAH SEMPADAN, PECAH BAHAGIAN DAN PENYATUAN - SELASA & KHAMIS

2. Pelanggan perlu klik pada tarikh yang diingini dan paparan untuk pelanggan memilih slot masa akan keluar. Pada paparan ini, pelanggan perlu mengisi Nama, No Kad Pengenalan dan No Telefon, seterusnya klik pada slot masa yang diingini dan tekan butang 'Submit'.

3. Pelanggan tidak akan dihubungi selepas permohonan berjaya.

Ahad

(A) Urusan Milik Tanah Dan Sewa Tanah Kerajaan

Isnin & Rabu

(B) Urusan Pindahmilik Seksyen 13A, 104, 120, KAVEAT, Hakmilik Sambungan, Lelong dan Pengambilan Balik Tanah

Selasa & Khamis

(C) Urusan Ubah Syarat, Pecah Sempadan, Pecah Bahagian dan Penyatuan

  • Kemaskini Akhir: Khamis 10 Jun 2021, 13:20:11.
Hakcipta © 2010 - 2021 Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Mas
Paparan terbaik dengan IE 7.0, Google Chrome 10.0, Safari 4.0, Opera 10.0 atau Mozilla Firefox 3.0 dengan resolusi 1280 x 800
Kompleks Apam Putra, Bandar Baru Lubok Jong Pasir Mas. Tel : 09 7917963 Faks : 09 7917706 Email : ptjpm[at]kelantan[dot]gov[dot]my

Search

SEO

Statistik Pembangunan Tanah Bagi Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas (PTJPM) Kelantan Statistik Kemajuan Pendaftaran Hakmilik bagi Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas (PTJPM) di Negeri Kelantan