Accessibility Tools

Skip to main content

PROFIL DAERAH DAN PENGGAWA

Rantau Panjang

Pejabat Penggawa Daerah Rantau Panjang, terletak di Kampung Bagus ,Jalan Rantau Panjang-Jeli , 17200 Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan. Pejabat sekarang di bina pada tahun 1994 dan terletak di atas Tanah Kerajaan dan digezetkan sebagai tapak Kompleks Pejabat Penggawa Daerah Rantau Panjang.

Gual Periok

Daerah Gual Periok terletak di jajahan Pasir Mas. Dahulunya, Pejabat Penggawa Daerah Gual Periok terletak di Cabang Tiga Repek dan sekitar tahun 1990 telah berpindah berdekatan dengan Dewan Samad Gul, Pusat Tarbiah kawasan Rantau Panjang.

Daerah Gual Periok merupakan sebuah daerah yang terletak bersempadan 3 daerah diJajahan Pasir Mas. Di Utara bersempadan dengan Daerah Kangkong, di Selatan bersempadan dengan Daerah Rantau panjang dan disebelah Barat bersempadan dengan Daerah Alor Pasir.

Alor Pasir

Mengikut sejarah orang tua-tua tentang nama Daerah ini bermula adalah mengikut nama suatu tempat di dalam Daerah ini yang mempunyai satu kawasan aliran air (alur) sungai yang cetek dengan keadaan pasirnya yang memutih telah menarik minat peneroka-peneroka kawasan tanah hutan untuk membuka kawasan tersebut bagi bercucuk tanam dan membuat tempat tinggal. Penerokaan ini telah menarik minat kepada penduduk lain untuk membuka tanah di sekitarnya dan menjadikan tempat tinggal baru. Dengan penemuan kawasan tanah baru yang berpasir dan sungai yang jernih ini menyebabkan ianya dikunjungi oleh penduduk sekitar untuk bercucuk tanam dan menjadi tempat tinggal. Ini menjadikan ia sebuah kampung yang akhirnya di ambil menjadi nama daerah ini.

Keluasan Daerah Alor Pasir ialah seluas  38.56 km persegi bersamaan 3,724 hek  meliputi 6.68%  daripada keluasan Jajahan Pasir Mas yang berkeluasan 577.51 kilometers persegi (57,220 Hektars). Daerah Alor Pasir bersempadan dengan Daerah Kubang Gadung disebelah utara, Daerah Gual Periok disebelah selatan, Daerah Pasir Mas disebelah timur manakala disebelah barat pula bersempadan dengan Sungai Golok dan Daerah Rantau Panjang. Daerah ini termasuk dalam pentadbiran Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu DUN Meranti dan kawasan Parlimen Pasir Mas.

Pasir Mas

Lorem ipsum dolor sit amet, consetetur sadipscing elitr, sed diam nonumy eirmod tempor invidunt ut labore et dolore magna aliquyam erat, sed diam voluptua.

Kuala Lemal

Kuala Lemak

Kubang Gadung

Daerah Kubang Gadong merupakan daerah keempat (4) terbesar dari segi keluasan kawasan pentadbiran dan ketiga terbesar dari segi kepadatan penduduk daripada 10 Daerah Penggawa di Jajahan Pasir Mas. Daerah Kubang Gadong bersempadan dengan Daerah Kubang Sepat (Timur), Daerah Bunut Susu (Utara), Daerah Pasir Mas dan Daerah Alor Pasir (Selatan). Di sebelah baratnya pula bersempadan dengan Negara Thailand

Bunut Susu

Daerah Bunut Susu mengikut cerita daripada orang-orang tua, ainya diambil sempena nama sebuah kampung iaitu Kampung Bunut Susu.  Kampung ini pula diambil sempena nama sepohon pokok kayu yang dinamakan Pokok Bunut.  Pokok ini banyak mengeluarkan getah putih yang ianya seakan-akan susu.  Pokok Bunut ini tumbuh dengan besar, tinggi dan rimbun dihadapan stesen kereta api.  Dengan keadaan sedemikian pokok ini menjadi tempat perlindungan daripada panas dan hujan semasa penduduk menunggu ketibaan keretapi dan juga di jadikan tempat penduduk kampung menjual makanan dan minuman.

Kubang Sepat

Daerah Kubang Sepat merupakan sebuah Daerah daripada 10 buah Daerah di Jajahan Pasir Mas. Keluasannya ialah seluas 21.71 km persegi ( 4,719 Ekar 887 Depa ) yang meliputi 3.76% daripada keluasan Jajahan Pasir Mas ( 577.51 kilometer persegi - 57.220 Hektar ).

Kangkong

Menurut cerita daripada orang-orang tua yang masih hidup, Daerah Kangkong ini diterokai sejak dahulu lagi tetapi tarikh dan tahun sebenarnya tidak dapat dipastikan. Mengikut cerita penduduk yang terawal menerokai dan mendiami Daerah ini adalah berasal dari Kampung Kangkong, Sungai Petani, Kedah

Chetok

Pejabat Penggawa Daerah Chetok, terletak di Kampung Galok, 17060 Chetok, Pasir Mas, Kelantan. Pejabat sekarang di bina pada bulan Disember 1994 dan siap sepenuhnya serta digunakan pada 7 April 1995 terletak di atas Tanah Kerajaan dan digezetkan sebagai tapak Pejabat Penggawa Daerah Chetok atas Lot 2664, Mukim Jabo, Chetok dengan keluasan 5,179 meter persegi ( 1 ekar 280 depa).

Penggawa & Pembantu

Rantau Panjang

Penggawa : (Kosong)

Pembantu : (Kosong)

Tanggung Kerja : Abdul Razak Bin Awang (017-9179303)

Pasir Mas

Penggawa : Abdul Razak Bin Awang

No. Tel : 0179179303

Pembantu : Mohd Faizal Bin Abdul Malik

No. Tel : 0129660610

Lemal

Penggawa : Mohd Taufik Bin Ismail

No. Tel : 0129660600

Pembantu : Mohamad Shahdan Bin Mohamad

No. Tel : 0179167432

Kubang Sepat

Penggawa : Amiruddin Bin Mat Deris

No. Tel : 0129244989

Pembantu : Mohamad Asri Bin Mahmood

No. Tel : 0199976699

Kankong

Penggawa : Ahmad Firdaus Bin Asha'Ri

No. Tel : 0133336935

Pembantu : Amirul Bin Shaharuddin

No. Tel : 0179312129

Chetok

Penggawa : Ahmad Shaifuddin Bin Mat Napi

No. Tel : 01112942465

Pembantu : Muhamad Faris Bin Suhaimi

No. Tel : 0145199227

Kubang Gadong

Penggawa : Mohd Fahmin Bin Mohamad Kamal

No. Tel : 01153504569

Pembantu : Shakir Zulfayri Bin Mohd Shahfizam

No. Tel : 0104166200

Bunut Susu

Penggawa : Abdullah Bin Abdul Karim

No. Tel : 0139224731

Pembantu : (Kosong)

No. Tel : -

Alor Pasir

Penggawa : Muhamad Sukri Bin Mat Nawi

No. Tel : 01129002961

Pembantu : Mohd Nur Helmi Bin Che Wil

No. Tel : 0179611020

Gual Periok

Penggawa : Mohd Faiz Bin Hassan

No. Tel : 0125975342

Pembantu : Tuan Mohd Faizal Bin Tuan Cob

No. Tel : 0199345304

KELGOV PPST

Dasar Privasi