Monsun Timur Laut, atau lebih dikenali sebagai musim tengkujuh, dijangka bermula pada 5 November 2024 dan berterusan hingga Mac 2025. Semasa tempoh ini, angin dari arah timur laut akan bertiup kencang dan berterusan, membawa hujan lebat dan berpotensi menyebabkan banjir di pantai timur Semenanjung Malaysia, Sabah, dan Sarawak. Selain itu, tiupan angin kencang juga boleh menyebabkan laut bergelora dan ombak besar di Laut China