Laman Web Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas yang dibangunkan sejak dari tahun 2006 masih menjadi nadi untuk menyalurkan maklumat berkaitan pejabat ini. Pada hemat saya, di era zaman teknologi maklumat ini Laman Web adalah merupakan medium utama untuk orang ramai mendapatkan maklumat dengan cepat dan terkini. Oleh itu memang bertepatanlah dengan kewujudan laman web ini sedikit sebanyak telah membantu memudahkan orang ramai untuk mencari maklumat khususnya yang berkaitan dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas. Di samping itu ia telah membantu pekerja sektor awam di sini dalam mempertingkatkan prestasi kualiti pejabat.
Adalah menjadi harapan saya, agar Laman Web ini sentiasa menjadi satu sumber maklumat penting dan bahan rujukan kepada semua pihak. Di samping itu juga saya akan cuba memastikan bahawa segala maklumat di Laman Web ini adalah terkini dan boleh diguna pakai. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam memastikan Laman Web Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas ini sentiasa memberi maklumat yang terkini kepada semua pengguna. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah s.w.t memberikan ganjaran dan keberkatan kepada usaha murni ini.
Fazrul Azan Bin Mohd Basari
Ketua Jajahan Pasir Mas
Adalah menjadi harapan saya, agar Laman Web ini sentiasa menjadi satu sumber maklumat penting dan bahan rujukan kepada semua pihak.
Dibangunkan bagi menampung kehendak pembangunan semasa. Pembangunan diadakan di atas tapak tanah kerajaan seluas 107.06 ekar di Lubok Jong Mukim Apam, Daerah Gual Periok. Ia terletak di tepi lebuhraya Pasir Mas – Rantau Panjang, 09 km dari Bandar lama.
Kompenan pembangunan Bandar Baru Pasir Mas adalah Kompleks Kerajaan Apam Putra yang menempatkan Bangunan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas, Majlis Daerah Pasir Mas, Kediaman Rasmi Ketua Jajahan dan Dewan Serbaguna menjadi catalyst pembangunan masa depan Bandar Baru Pasir Mas. Kompenan lain adalah pembangunan bercampur dan pembinaan sebuah pasaraya.
Matlamat sebenar Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas ialah untuk membangunkan jajahan dan negeri serta penduduknya selaras dengan kehendak-kehendak yang termaktub di dalam Agama Islam.
6.0070132,102.0967063
Kompleks Apam Putra
Bandar Baru Lubok Jong
17000 Pasir Mas Kelantan
Ketua Jajahan
" Mesra, Cepat dan Telus "
Menjadi sebuah Institusi Pejabat Tanah Dan Jajahan yang terulung dalam menyediakan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dalam era teknologi dan globalisasi