1. Apakah fungsi utama Pejabat Tanah dan Jajahan?
Jawapan:
- Pejabat Tanah dan Jajahan bertanggungjawab dalam:
- Menguruskan pendaftaran hak milik tanah.
- Memproses pindah milik, pajakan, gadaian, dan pembahagian pusaka tanah.
- Memungut hasil tanah seperti cukai tanah, premium, dan bayaran lain.
- Menguruskan permohonan tanah kerajaan untuk pelbagai tujuan seperti pertanian, kediaman, atau perniagaan.
- Menyelia penguatkuasaan undang-undang tanah di bawah Kanun Tanah Negara.
2. Apakah waktu operasi rasmi Pejabat Tanah dan Jajahan?
Jawapan:
Ahad - Rabu: 8.00 pagi – 5.00 petang (Rehat: 1.00 tengah hari – 2.00 petang).
Khamis: 8.00 pagi – 3.30 petang (Rehat: 1.00 tengah hari – 2.00 petang).
Tutup pada Jumaat, Sabtu, dan cuti umum.
3. Bagaimanakah cara untuk menghubungi Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Mas sekiranya saya ingin mengemukakan sebarang maklum balas, cadangan dan aduan?
Jawapan:
Anda boleh berhubung melalui cara-cara berikut:
Tel : 09 - 7917963 / 09 - 7917693
Fax : 09 - 7917706
Laman Web : www.ptjpm.kelantan.gov.my
Emel : ptjm[at]kelantan.gov.my
Facebook Rasmi: https://www.facebook.com/PtjpmGov