Accessibility Tools

Skip to main content

614.15

Keluasan Jajahan

230.424

Jumlah Penduduk

Peta Jajahan Pasir Mas

Daerah

Terdapat 10 buah daerah dibawah pentadbiran Jajahan Pasir Mas yang merangkumi 40 buah Mukim Tanah dan 83 Mukim Penghulu. Daerah Penggawa terdiri daripada daerah Alor Pasir, Bunut Susu, Chetok, Gual Periuk, Kangkong, Kubang Gadong, Kubang Sepat, Lemal, Pasir Mas dan Rantau Panjang. Keluasan Jajahan Pasir Mas adalah 57,800 hektar atau 614.15 Kilometer persegi, iaitu 3.9 peratus dari keluasan Negeri Kelantan.

Pasir Mas

Jajahan Pasir Mas merupakan salah satu daripada 10 buah jajahan yang terdapat di Negeri Kelantan di samping satu jajahan kecil iaitu Jajahan Kecil Lojing. Pentadbiran Jajahan Pasir Mas berpusat di Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas yang terletak di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri.

Jajahan Pasir Mas disempadani oleh Jajahan Tumpat disebelah utara, Jajahan Tanah Merah disebelah Selatan manakala Jajahan Kota Bharu disebelah Timur dan disebelah Barat bersempadan dengan Thailand. Disebabkan lokasi geografinya, Jajahan Pasir Mas menjadi pintu masuk utama dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia ke negara Thailand.

Masjid Ismaili Bandar Pasir Mas
Bandar Lubok Jong (Bandar Baru Pasir Mas)

Pembangunan Jajahan

Membangunkan jajahan dan negeri serta penduduknya selaras dengan kehendak-kehendak yang termaktub di dalam Agama Islam.

Ketua Jajahan Pasir Mas
KELGOV PPST

Dasar Privasi