
Data Terbuka
1.Pengenalan Data Terbuka
Data terbuka merujuk data kerajaan yang boleh digunakan secara bebas, boleh dikongsikan dan digunakan semula oleh rakyat, agensi sektor awam atau swasta untuk sebarang tujuan. Ia berperanan sebagai penggerak dalam inisiatif kerajaan berpaksikan rakyat. Pelaksanaan data terbuka dapat meningkatkan kualiti dan ketelusan penyampaian perkhidmatan kerajaan menerusi perkongsian data yang tepat, cepat dan relevan. Di samping itu, ia juga dapat meningkatkan produktiviti dan ekonomi negara melalui industri/inovasi baharu dengan penglibatan rakyat dan komuniti perniagaan.
Portal Data Terbuka Sektor Awam (DTSA) iaitu data.gov.my telah dibangunkan pada tahun 2014 dan telah mendapat penarafan Data Terbuka pada peringkat antarabangsa pada kedudukan ke-41 daripada 86 negara. Portal DTSA memudahkan data terbuka kerajaan diakses secara berpusat daripada sumber yang rasmi.
Maklumat lanjut mengenai Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam boleh dirujuk melalui pekeliling berikut:
Pekeliling Am Bilangan 1 Tahun 2015 - Pelaksanaan Data Terbuka Sektor Awam
2. Kebebasan Maklumat (FOI)
Kebebasan Maklumat diwujudkan bertujuan mempertingkatkan penzahiran maklumat bagi kepentingan awam dan untuk memberi peluang kepada setiap individu untuk mengakses maklumat MENGENAI PEJABAT TANAH DAN JAJAHAN PASIR MAS (PTJPM) melalui permohonan yang dikemukakan.
Mana-mana orang awam dan organisasi luar yang ingin mendapatkan sebarang maklumat daripada PTJPM boleh berbuat demikian dengan mematuhi prosedur-prosedur berikut:-
- Mengisi dan melengkapkan Borang Permohonan Untuk Mendapatkan Maklumat seperti yang dilampirkan di bawah;
- Mengemukakan Borang Permohonan Untuk Mendapatkan Maklumat yang telah lengkap diisi secara serahan tangan kepada Jabatan
Sekiranya memerlukan sebarang maklumat atau bantuan berhubung perkara ini, sila berhubung dengan pegawai di Bahagian Pentadbiran, Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas di talian terus 09-7917963 atau e-melÂ