Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang sangat diperlukan dalam semua bidang kehidupan manusia. Sama ada berkaitan dengan urusan kehidupan biasa atau dalam bidang kerjaya. Kedua-dua elemen ini memberikan impak yang besar kepada kemajuan seseorang individu dan organisasi. Oleh itu, kedua-duanya menjadi agenda yang besar dan sangat diambil berat oleh sektor kerajaan serta sektor swasta. Banyak usaha yang dilakukan untuk meningkatkan kreativiti dan daya inovasi dalam kedua-dua sektor itu.
JAWATANKUASA INOVASI PTJPM
Kreativiti ialah kebolehan atau keupayaan mencipta, mewujud dan menghasilkan sesuatu yang baharu atau dalam bentuk baharu dan asli. Kreativiti memerlukan daya imaginasi tinggi, penerokaan dan kebolehan membina hubungan baharu terhadap maklumat lama dan sedia ada. Kreativiti pula boleh menghasilkan inovasi iaitu idea atau cara untuk menambah baik proses atau cara lama yang lebih efektif dan berkesan atau lebih menarik. Melalui inovasi, kita perlu menggunakan minda kreatif dan daya imaginasi tinggi. Kedua-dua elemen ini sangat diperlukan untuk membawa negara ke arah kemajuan dan berdaya saing.