Image

PENGENALAN

Dibangunkan bagi menampung kehendak pembangunan semasa. Pembangunan diadakan di atas tapak tanah kerajaan seluas 107.06 ekar di Lubok Jong Mukim Apam, Daerah Gual Periok. Ia terletak di tepi lebuhraya Pasir Mas – Rantau Panjang, 09 km dari Bandar lama.

Kompenan pembangunan Bandar Baru Pasir Mas adalah Kompleks Kerajaan Apam Putra yang menempatkan Bangunan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas, Majlis Daerah Pasir Mas, Kediaman Rasmi Ketua Jajahan dan Dewan Serbaguna menjadi catalyst pembangunan masa depan Bandar Baru Pasir Mas. Kompenan lain adalah pembangunan bercampur dan pembinaan sebuah pasaraya.

 

Matlamat


Matlamat sebenar Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas ialah untuk membangunkan jajahan dan negeri serta penduduknya selaras dengan kehendak-kehendak yang termaktub di dalam Agama Islam.

 

Objektif

Objektif utama Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas terbahagi kepada lima iaitu:

  • Menyediakan perkhidmatan yang bersih, cekap dan amanah kepada rakyat
  • Mewujudkan rakyat yang berdikari dan dinamis
  • Mewujudkan sebuah jajahan yang maju melalui pelaksanaan pembangunan masyarakat secara fizikal dan rohani
  • Menjadikan jajahan sebagai satu pusat pengumpulan data
  • Mewujudkan sebuah jajahan yang aman dan sejahtera

 

Fungsi

Antara fungsi utama pejabat ini ialah:

  • Melaksanakan dasar dan polisi Kerajaaan
  • Menguruskan, menyelaras dan merancang aktiviti-aktiviti pembangunan dan Pentadbiran jajahan
  • Bertindak sebagai badan perhubungan antara jajahan dengan rakyat
  • Memungut segala jenis hasil jajahan
  • Memupuk kemasyarakatan, perpaduan, keselamatan dan muhibbah di peringkat Jajaha
© Hakcipta Terpelihara {2023} Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Mas

Search

KELGOV PPST

Dasar Privasi