Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Laman Web Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas yang dibangunkan sejak dari tahun 2006 masih menjadi nadi untuk menyalurkan maklumat berkaitan pejabat ini. Pada hemat saya, di era zaman teknologi maklumat ini Laman Web adalah merupakan medium utama untuk orang ramai mendapatkan maklumat dengan cepat dan terkini. Oleh itu memang bertepatanlah dengan kewujudan laman web ini sedikit sebanyak telah membantu memudahkan orang ramai untuk mencari maklumat khususnya yang berkaitan dengan Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas. Di samping itu ia telah membantu pekerja sektor awam di sini dalam mempertingkatkan prestasi kualiti pejabat.
Adalah menjadi harapan saya, agar Laman Web ini sentiasa menjadi satu sumber maklumat penting dan bahan rujukan kepada semua pihak. Di samping itu juga saya akan cuba memastikan bahawa segala maklumat di Laman Web ini adalah terkini dan boleh diguna pakai. Saya juga ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam memastikan Laman Web Pejabat Tanah dan Jajahan Pasir Mas ini sentiasa memberi maklumat yang terkini kepada semua pengguna. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah s.w.t memberikan ganjaran dan keberkatan kepada usaha murni ini.
Sekian, wassalam.
HAJI RUSYDEE BIN ABDULLAH
Ketua Jajahan Pasir Mas