Image

Di Jajahan Pasir Mas terdapat 10 buah Daerah yang ditadbir dan diketuai oleh seorang Penggawa dan dibantu oleh Pembantu Penggawa serta Penghulu-Penghulu Mukim.

1. PROFIL DAERAH KUBANG SEPAT

  • Daerah Kubang Sepat mempunyai 7 mukim Penghulu, 5 Mukim Tanah, 6 Mukim Imam dan terdapat 24 buah kampung.
  • Luas keseluruhan Daerah Kubang Sepat ialah 21.71 km persegi atau mewakili 3.76% daripada luas Jajahan Pasir Mas (577.51 km persegi/223.4 batu persegi).
  • Ia terletak di utara Jajahan Pasir Mas ( Bandar Pasir Mas ). Disebelah selatan bersempadankan dengan Daerah Kubang Gadong, sebelah utara bersempadan dengan Daerah Wakaf Bharu, Jajahan Tumpat, disebalah barat bersempadan Daerah Bunut Susu dan timur bersempadan dengan Daerah Salor, Kota dan Pendek, Jajahan Kota Bharu.Kedudukan sebelah timur Daerah dipisahkan oleh kedudukan sungai Kelantan dengan Jajahan Kota Bharu.

2. PROFIL DAERAH KUBANG GADONG

  • Daerah Kubang Gadong merupakan Daerah Ke-4 terbesar dari segi keluasan kawasan manakala ke-3 terbesar dari segi kepadatan penduduk daripada 10 daerah penggawa di Jajahan Pasir Mas. Ianya terletak bersempadan dengan Daerah Kubang Sepat di sebelah timurnya dan Daerah Bunut Susu di sebelah Utaranya serta di sebelah baratnya bersempadan dengan Negara Thailand dan di sebelah selatan bersempadan dengan Daerah Alor Pasir , Daerah Pasir Mas serta Jajahan Kota Bharu.
  • Daerah kubang Gadong meliputi kawasan seluas 55.86 km.per (13837 ekar per segi). Pada keseluruhanya pendudok Daerah Kubang Gadong terdiri daripada 99% Melayu can 1% Cina. Jumlah penduduk Daerah Kubang Gadong ialah 26 070 orang.
  • 85% daripada keseluruhan daerah ini adalah terdiri daripada tanah rata, 15% adalah tanah rendah dan paya serta ditenggelami banjir hampir keseluruhan daripada keluasan daerah Kubang gadong yang seluas 55.86 km persegi . Ini sudah diterokai dan didiami penduduk setempat dan ditanam dengan berbagai jenis tanaman pertanian seperti padi, getah, dusun buah–buahan dan sebagainya.

3. PROFIL DAERAH BUNUT SUSU

  • Daerah Bunut Susu mempunyai 12 Mukim.
  • Jumlah Penduduknya ialah seramai 16 800 orang.

4. PROFIL DAERAH RANTAU PANJANG

  • Daerah Rantau Panjang mempunyai 7 buah Mukim iaitu Mukim Rantau Panjang, Mukim Lubok Gong, Mukim Gual Nering, Mukim Lubok Setol, Mukim Telaga Mas, Mukim Bakat dan Mukim Rahmat.
  • Jumlah Penduduknya ialah seramai 19 054 orang yang terdiri daripada Melayu seramai 18,720 orang, Cina seramai 185 orang dan Lain-lain bangsa seramai 149 orang.
 

5. PROFIL DAERAH KANGKONG

  • Daerah Kangkong mempunyai 10 buah Mukim iaitu Mukim Baroh Pial, Mukim Bujok, Mukim Bukit Tuku, Mukim Gelam, Mukim Kangkong, Mukim Kuala Kelar, Mukim Kubang Batu, Mukim Rasal, Mukim To' Uban dan Mukim Rong Chenok.
  • Jumlah Penduduknya ialah seramai 19 514 orang yang terdiri daripada 9 511 orang lelaki dan 10 003 orang perempuan dengan jumlah rumah sebanyak 3 533 buah.

6. PROFIL DAERAH ALOR PASIR

  • Jumlah penduduk di Daerah Alor Pasir ialah seramai 10,595 orang yang terdiri daripada 99.5 % Melayu, 0.5 % kaum Thai dan lain-lain bangsa tiada.

7. PROFIL DAERAH LEMAL

  • Daerah Lemal mempunyai 7 Mukim iaitu Mukim Lubok Tapah, Mukim Lati, Mukim Chicha Tinggi, Mukimkubang Ketam, Mukim Tasek Raja, Mukim Pengkalan Merlong Dan Mukim Kuala Lemal.
  • Jumlah Penduduknya ialah seramai 12 270 orang.
© Hakcipta Terpelihara {2023} Pejabat Tanah Dan Jajahan Pasir Mas

Search

KELGOV PPST

Dasar Privasi